14 January 2010

azzam 2011

jika sy jadi LECTURER:

1) sy akan sentiasa mengingatkan diri sendiri yg sy berkhidmat itu seutama2nya utk Allah.

2)sy tidak akan pilih buku yg mahal giler smpai student tak mampu nk beli utk rujukan dlm kelas. pastu jgk tak galakkan photostate sbb kata tak ethical.

3) sy sboleh2 nye tidak akan menggagalkan student yg bersungguh2 mahu lulus, dan nyata2 belajar menggunakan duit sendiri tanpa biasiswa mana2 pun.

4) sy akan selalu beringat bhw yg belajar di UiTM (kalo mengajar kt UiTM la) itu ada lah org Melayu yg tak kaya mana pun tetapi gigih mahu tuntut ilmu mahu majukan diri, dan sy bertanggungjawab membantu seboleh mana yg sy mampu.

5) sy tidak akan riak dgn ilmu sy walaupun sy ada PhD/Professor, grad pada usia yg muda dan ada countless papers dh publish serta menang mcm2 award antarabangsa, kerana sy percaya ada sesuatu yg sy boleh pelajari dr setiap insan yg sy temui. sy juga percaya pada qada' dan qadar.

6) sy tidak akan berlagak dgn mengatakan bhw penilaian online student keatas lecturer itu tidak memberikan sbrg impact pada sy, kerana sy percaya sy tidak boleh kufur nikmat Allah, dan jika tiada student, tiadalah lecturer juga.

7) sy tidak akan menghasut pelajar untuk mmbenci kerajaan yg telah byk mengeluarkan wang utk mensubsidi pelajaran sy semasa sy belajar dan juga pelajaran pelajar2 sy.

8) sy akan mengikut jejak langkah lecturer2 idola sy yg hebat dan menyampaikan ilmu secara berhemah, bijaksana dan sempoi.

9) sy akan cuba sehabis baek utk tidak masuk kelas lambat dan keluar kelas cepat, sbb sy percaya setiap minit dan saat yg sy tidak amanah itu menyebabkan pendapatan yg sy terima tidak bersih, tidak berkat dan akan bakal dipersoalkan di akhirat kerana pendapatan itu telah pun menjadi darah daging sy, ibubapa sy, keluarga sy. zakat serta sedekah yg diberi juga segalanya bakal jd sia2.

10) sy harap sy mampu laksanakan semua azam sy ini jika sy diberi peluang jadi lecturer di UiTM, walopun permohonan biasiswa Skim TPM sy ditolak mentah2, terpaksa menyambung pelajaran dgn duit sendiri, dan jika syarat 5 tahun pengalaman utk memohon jawatan pensyarah yg baru2 ini dihebahkan tidak digunapakai.

sekian.

inilah azam sy utk tahun 2011.
insyaAllah! :)

3 comments:

  1. AMINNNNNNNNNNNNNNNNNNNNN.......

    ReplyDelete
  2. nak kerja kat unitar tak... pas aku resume...

    ReplyDelete
  3. Mudahan cita2 awak tercapai Encik Fahmi. Amin.

    ReplyDelete