Showing posts with label akademik. Show all posts
Showing posts with label akademik. Show all posts

28 May 2010

summary

pergh! dah lama aku tak tulis entry baru dlm blog.
aku mmg busy. semester lepas mmg busy.
busy memanjang, busy meninggi, busy melebar..
busy..

sbb aku dh lama tak tulis blog,
meh aku buat summary ttg subjek2 yg aku amek sem lepas.

FOOD DEVELOPMENT
subjek ni best. yg ajar pun prof.
kdg2 rasa boring, kelas pun sabtu pagi.
mmg bosan. kelas waktu prime time kartun di tv..
assessment simple je.
proposal, presentation, test ngn pre & final product display.

FOOD TOXICITY
subjek ni sgt beracun. belajar ttg toxic.
beza toxic, toxin, toxicity, toxicants, toxification..
pening jgk la. sbb kena tau scientific terms.
kena tahu chemical.

FOODSERVICE TRAINING
ni subjek yg aku rasa sgt dry.
subjek yg tidak dekat dihati.
buku teks pun boring.
takde gambo2. takde citer2 selingan yg best.
4 proposals, 3 field trips, 2 presentation, 2 tests, 2 case study..
itu la keje yg kami kena buat. mmg byk.
rasa nk menjerit pun ada gak.
lagi2 part kena submit proposal utk research on training.
giler ah..

GLOBAL STRATEGIC MGT
subjek ni slides je beratus2.
kalo print notes tu, berhelai2.
akhir semester boleh buat buku.
lecturer pulak ngajar mcm keretapi.
laju. pastu skip2. suruh kami baca sendiri.
assessment ada individual, presentation, report, test & final.
yg best nye, DrS buat suprise.
masa final, bleh bukak buku.
not helping actually. tp ok la tu..

FINANCIAL ANALYSIS
subjek ni bikin warm up aku punye otak pasal finance.
aku dh lama tinggal subjek ni.
dulu masa aku amek subjek ni kt dungun,
aku repeat 2 kali.
leceh betul.
tp kali ni, dgn kos calculator yg berharga 130 hinggit,
mesti kena studi sungguh sungguh.
buku teks pun kena beli 2.
tapi haram tak guna pun masa dlm kelas.
ini la lecturer.. wajibkan beli buku sbb buku tu dia tulis..
mmm...
ni pun subjek killer. tp aku rasa ok la.
pasrah aje la ape pun result yg bakal kuar.

itu aje la subjek yg aku amek sem lepas ni.
bg aku semester lepas ni mmg tough.
dgn nak catch up kolokium, assignments, dll lg..
mmg sbulan sblm due date hantar assignment,
aku tak berapa tido sgt.
otak pun letih.
badan pun letih.

aku harap, usaha yg aku curah
dan segala rintangan yg aku dh lalui
berbaloi dgn result yg bakal kuar nnti.
dgr citer nye result kuar 10hb ni..
betul ke..?
adus.

mintak2 la aku lepas semua subjek ni.
amin.

(lagu Ku Pohon - Sheila Majid)

11 February 2010

datelines

semenjak dua menjak ni aku dh start rasa serabut.
bila aku tgk kt organizer calendar aku,
makin lama makin penuh.
masa pulak makin suntuk.

ada event nk kena buat.
ada guest speakers yg nk kena invite.
ada panels yg nk kena cari.
ada assignment nk kena buat.
ada discussion nk kena attend dgn advisor.
ada visits yg kena organize.
ada abstract yg nk kena submit.
ada proposal nk kena polish.
ada test nk kena stadi.
ada product nk kena develop.
ada itu, ada ini...
and the list goes on.

dlm kelas aku tu tak ramai thinker.
lebih ramai follower.
follower pun tak semestinye doer..
aku kalo dh jd thinker, aku malas dh nk jd doer..
kalo sumer aku nk buat,
mati la aku..

lately ni, classmate aku sumer bagi cooperation yg baek.
first meeting hari tu, kira satisfactory.
besok nk buat meeting lagi.
ada perkara nk kena bincang.
ada dates yg nak kena confirm.
ada tugas nk kena bahagi2kan..

skrg ni aku rasa mmg kena divide and rule.
takleh lagi jd one man show..
ataupun a few man show.

kesian aku tgk kelas kwn aku yg nk g trip oversea tu.
naik tension jgk la dgr citer dorg.
aku tumpang simpati aje la.
yg mana aku boleh nasihat, aku nasihat la..
yg mana aku tak tau, aku diam je.
yg mana part2 tension,
aku terpaksa la jd badut diraja nk hiburkan dorg.

above all, buat event mmg tension skali.
dulu aku penah jd project manager (PM)
utk event masa kelas event time diploma dulu.
pastu event hottour masa degree.
dan ada la involved ngn 2-3 events lagi..

aku harap event yg kami nk plan ni berjaya.
at least, at the planning stage tu kena mantap.
bak kata pepatah motivasi omputih:
if u fail to plan, u plan to fail..
aku part plan tu ok lagi.
tp kadang2 part execution tu, mesti ada masalah.
maklum la, part execution ni depends kat byk benda.
mesti ada plan B, plan C, plan D.
bila byk sgt plan, tu yg pelan2 pening tuh.

aku dh start rasa tension. rasa stress.
tension ni mcm penyakit.
boleh berjangkit.
bila kita tension, ada tendency kita akan buat
org lain tension jgk. maybe tension dgn perangai kita.
tp tension ni boleh dikawal. boleh diubat.
easier said than done, maybe.

aku harap aku boleh get thru
with all these things..
either u make or break.
aku ni jenis org yg mudah break under pressure.
tu la point yg aku paling takut skali.
point dimana aku start to give up.
bila aku dh give up, susah la.
distortion of perception dh ada kt situ.

aku rasa aku kena start manage stress aku ni.
kalo tak, stress tu yg mana aku.
er.. mana satu ni?
nk manage stress, or manage diri?

ntah la.
mana2 aje la.
asalkan sumer success.
sumer keja siap.
sumer hal settle.
insyaAllah..

14 January 2010

azzam 2011

jika sy jadi LECTURER:

1) sy akan sentiasa mengingatkan diri sendiri yg sy berkhidmat itu seutama2nya utk Allah.

2)sy tidak akan pilih buku yg mahal giler smpai student tak mampu nk beli utk rujukan dlm kelas. pastu jgk tak galakkan photostate sbb kata tak ethical.

3) sy sboleh2 nye tidak akan menggagalkan student yg bersungguh2 mahu lulus, dan nyata2 belajar menggunakan duit sendiri tanpa biasiswa mana2 pun.

4) sy akan selalu beringat bhw yg belajar di UiTM (kalo mengajar kt UiTM la) itu ada lah org Melayu yg tak kaya mana pun tetapi gigih mahu tuntut ilmu mahu majukan diri, dan sy bertanggungjawab membantu seboleh mana yg sy mampu.

5) sy tidak akan riak dgn ilmu sy walaupun sy ada PhD/Professor, grad pada usia yg muda dan ada countless papers dh publish serta menang mcm2 award antarabangsa, kerana sy percaya ada sesuatu yg sy boleh pelajari dr setiap insan yg sy temui. sy juga percaya pada qada' dan qadar.

6) sy tidak akan berlagak dgn mengatakan bhw penilaian online student keatas lecturer itu tidak memberikan sbrg impact pada sy, kerana sy percaya sy tidak boleh kufur nikmat Allah, dan jika tiada student, tiadalah lecturer juga.

7) sy tidak akan menghasut pelajar untuk mmbenci kerajaan yg telah byk mengeluarkan wang utk mensubsidi pelajaran sy semasa sy belajar dan juga pelajaran pelajar2 sy.

8) sy akan mengikut jejak langkah lecturer2 idola sy yg hebat dan menyampaikan ilmu secara berhemah, bijaksana dan sempoi.

9) sy akan cuba sehabis baek utk tidak masuk kelas lambat dan keluar kelas cepat, sbb sy percaya setiap minit dan saat yg sy tidak amanah itu menyebabkan pendapatan yg sy terima tidak bersih, tidak berkat dan akan bakal dipersoalkan di akhirat kerana pendapatan itu telah pun menjadi darah daging sy, ibubapa sy, keluarga sy. zakat serta sedekah yg diberi juga segalanya bakal jd sia2.

10) sy harap sy mampu laksanakan semua azam sy ini jika sy diberi peluang jadi lecturer di UiTM, walopun permohonan biasiswa Skim TPM sy ditolak mentah2, terpaksa menyambung pelajaran dgn duit sendiri, dan jika syarat 5 tahun pengalaman utk memohon jawatan pensyarah yg baru2 ini dihebahkan tidak digunapakai.

sekian.

inilah azam sy utk tahun 2011.
insyaAllah! :)

27 December 2009

timetable hampes!

aku diberitahu timetable sem depan diubah.
hampes!
ini bermaksud, cuti aku hanya pada hari ahad dan rabu.
bodoh nye org yg buat jadual ni.
tak kira la dia ada PhD ke hape..
tp jadual ni menyusahkan aku dan classmate lain.

kesian kt yg ada family.
bila la nk balik nk jumpe anak2.
nk bercuti panjang nk holiday.
aku pun, bila la nk balik kampung nye..
kalo cuti sehari, tak berbaloi nk balik kpg..

aku tak tau la cmne dorg buat jadual ni.
dorg tak pikir ke kitorg ni..
dorg ingat kitorg ni mesin ke hape.
hampes betul..
maybe dulu2 masa dorg belajar, mmg cmtu.
so ni la masa terbaik nk balas dendam kot..
hampagas betul!

takpe. aku akan usahakan utk cuti 2 hari berturut2 gak.
senang sket nk plan.
biarla weekend tu kt tgh2 minggu.
asalkan ada cuti 2 hari berturut2.
ada la masa nk refresh otak.
nk basuh baju.
nk baca journal.
nk tgk tv.
nk g shopping barang dapur.

tgk la nnti camne.
akhirnya nnti, aku kena akur jugak..
yg aku ni student, dorg tu lecturer.
so kuasa ditangan dorg.
menjawab la besok kt akhirat kalo salah guna kuasa..
aku pasrah aje la walopun dlm mode marah membara nih!

23 December 2009

registration

kalo ikut perancangan, ari ni aku balik klang.
tp lambat sket. maybe petang, sbb mak aku ada aktiviti.
aktiviti warga emas dia kt pekan.
aku no hal. tunggu aje la..

aku nk balik cepat sbb nk settlekan daftar kursus aku.
hampes! ada problem plak.
patut2 nye takde problem..
aku bkn nye ada repeat subjek, or tak update pre registration..
masalahnye, satu subjek tak di offer kt dlm system
subjek yg kami sekelas eager nk amek sem depan ni..
FOOD TOXICOLOGY..

uu... mmg nampak gempak.
aku yakin, stadi nye pun lagik kena gempak.
takpe. nnti balik ni aku dig in buku food science ngn nutrition aku..

ok, pasal regisration tu, aku kena settlekan.
aku kena jumpe drSalleh - koordinator postgrad fakulti.
bkn pe, aku ni class rep. sume org dok tanya kt aku.
aku pun blur.. so aku kena ar step up to the plate.
nnti aku nk g tanya.
sbb aku check, jadual kt iCress pun ada ubah sket..
ntah la. cmne la dorg ni wat keje..
ni sumer system. maybe dorg tak mahir lagi.

aku ingat lagi registration dulu2.
zaman tu zaman ITM sampai la UiTM.
korg jgn tanya plak zaman tu bile, tp cukup itam putih la.. hehe!
dulu register punyelah letih.
kalo tak silap, ada 5 borang nk kena isi.
itu pun tak termasuk borang kolej.
kt kolej pun ada borang laen. borang makan, sumbangan etc..

cukup letih. tp puas hati.
sbb masa tu kami tau, yg everything has been done for certain.
takde rasa ragu2 lagi.
satu lagi isu registration dolu2. gambo mesti cukup.
gambo mesti ada atleast 8 keping.
gambo kad makan
gambo kad aktiviti
gambo kad library
gambo kad outing
gambo nk lekat kt pintu bilik.
gambo itu, gambo ini..

hari ni walopun ada kurang sket2..
tp takle sesusah registration dulu2.
aku harap bdk2 skrg bersyukur la seadanya.
aku pun bersyukur, walaupun ada masalah ngn registration aku ni.
takpe, postgrade nye masalah registration ni kacang je..
aku dh biasa dh ngn system UiTM ni..
selamat mendaftar on-line korg sumer!

12 December 2009

adus!

skrg ni mmg org sibuk2 tanya pasal result.
aku mmg takmo amek port.
sbb aku tak suka org nyibuk hal aku, result aku.
tp aku can't help myself from asking.

citer nye mcm ni..
A ada citer kt aku yg ada 2-3 bdk yg fail paper RM..
dlm hati, aku berdoa yg classmate aku yg 9 org tu semua la lulus.
tup2, angin khabar berita yg aku terima tak mcm tu.
ada jgk la classmate aku yg sangkut paper tu.
bak kata salah sorg dr mereka melalui SMS:
"fail subjek perempuan witch.."

aku tumpang simpati.
ape la yg aku boleh buat lg..
takkan aku nk tolong buat rayuan utk dorg..
takpun nk salah kan dorg..
pendek kata, mmg aku tergamam jap.
tergamam sbb sanggup lecturer tu failkan students.
bkn nye dorg tak buat keje, tak ikut ckp or tak dtg kelas..

aku kdg2 tak paham.
ape2 pun, kuasa di tangan lecturer.
kalo lulus, luluslah.. kalo gagal, gagal lah.
lg2 lecturer senior. takde sape bleh argue.
kalo betul, betul lah.. kalo salah, salah lah.
biarla dia jawab di akhirat nanti.

dulu masa aku jd lecturer pun, aku pening pale gak.
pening pale bila nk bagi gred kt students.
seboleh2 nye aku nk jd lecturer yg adil.
aku tak boleh ada favouritism.
aku bygkan jgk yg kalau aku jd mereka.

ntahla..
aku harap kawan2 aku yg sangkut tu, tabah menghadapi ujian.
Allah suka menguji hamba Nya.
ujian Allah tu dtg dlm bentuk kegagalan dan juga kejayaan.
semua nya kena redha.

Fellow Masterious:
tahniah dan takziah!
for those who succeed,
just remember that this is just the tip of the iceberg.
for those who failed, this is not the end of the world.
all in all, kita sumer classmates.
let's cheerish and support each other..

11 December 2009

empat


nombor empat penting skali dlm hidup sorg pelajar universiti.
sumer nk dpt 4 flat - simbol kesempurnaan..
ini la nombor keramat.
sumer org menuju ke arah ni. lagi byk A, lg dekat la nk ke 4 flat.

bg aku mustahil la four flat tu.
bak kata lecturer pastry aku:
A utk Tuhan/Allah
tp yg mustahil itu bukan tak bleh dicapai.
ade je aku dgr bdk2 engine/math yg dpt 4 flat.
aku tak tau dorg stadi cmne.. gilo!

nombor pat (ada kata empat/mpat/pat) ni mmg byk org guna.
Raihan ada 4 org members.
cmtu jgk Westlife ngn Backstreetboys.
ada group nama All Four One..
citer fiksyen pun nama Fantastic Four.
nama filem Four Wedding and A Funeral.
dunia ni ada 4 musim.
kereta ada 4 tayar.
ikan pun ada nama se-pat.
simpang pun simpang pat.
pat pat siku lipat.
pat kali pat, namblas.. dan mcm2 lagi..

cuma ikut kepercayaan kaum tionghua, 4 tu nombor kematian.
ntah. aku tak tau. tp itu yg dorg percaya.
aku hormat kepercayaan dorg.
salam satu Malaysia.

result dh pun kuar.
result aku? alhamdulillah lepas sumer..
menepati target tak? maybe ye, maybe tak.
sbbnye aku target B+, tp byk B, ada setoek A.
ape2 pun aku bersyukur.
kata Allah, kalo kita tak bersyukur itu namanye kufur nikmat.
aku takmo jd org kufur.
cukup la dulu penah ada lecturer kata aku munafik.
aku dendam smpai skrg.
dendam yg aku takkan jd macam dia.
kalo aku jd lecturer, aku takkan ada mulut cam dia.
mulot loji kumbahan..

bila result dh kuar ni, byk la org akan sibuk bertanya2.
tanya pointer bape, bape byk dpt A dan laen2 lg.
aku tak amek port result org laen.
paling abes, aku akan tanya samada ok atau tak..
excellent atau tak..
biasanye kalo dorg ckp ok.
aku akan reply ngn Alhamdulillah.

so, kalo aku tak amek port result org laen..
takyah la org laen nyibuk nk tau result aku.
aku ni tak pandai. kalo pandai laen la cerita.
bleh photostate result saiz A4 pastu tampal kt notice board.
takpun add picture kt Fesbuk pastu tag sumer org..
in fact, kalo result aku bagus pun, aku takkan buat cmtu.

aku nk ucapkan terima kasihlah pada sumer lecturers aku.
walopun ada yg benci aku tahap gaban zed yg boleh bertukar dlm masa 0.05 saat, tapi aku lulus gak la..
mcm post blog aku yg lepas, aku dh ckp..
asalkan lulus. dpt A tu bonus bg aku..

azam aku, sem depan ni aku akan buat lagi bagus.
aku takmo maen2 sgt lagi.
free je, aku nk lepak library.
kerje pun aku nk siapkan on time.
takmo tangguh2 lg.
last minute work just dont work in master's level..
harap2 aku walk the talk.
insyaAllah.
skrg sudah ada benchmark diri sendiri.
so tak sukar la nk betulkan diri kearah kebaikan
dan pointer yg lebih baek di semester yg akan dtg..

09 December 2009

sehari sblm result kuar


bila jadi student, ini la antara time2 yg paling kaco.
kaco jiwa raga hati otak perasaan.
time bile result nk kuar..

bila ckp pasal result exam aku teringat dolu2..
dolu2 aku tak percaya yg gred A+ tu wujud.
sampai la aku tgk slip result senior aku.
dia dpt A+ tiga subjek. hebat btul!
nama dia Cheku. masa tu di Dungun.
dia budak DIA. mmg hebat.
skrg aku dgr dh jadi lecturer kt uitm dungun.

masa aku first sem diploma kt s/alam, aku ingat lg..
masa minggu orientasi, kami semua bdk diploma berkumpul
duduk kt dlm Dewan Sri Impian. masa tu ada acara.
acara penyampaian sijil Anugerah Dekan.
pergh! sangat inspiring.
aku tekad aku nk jadi macam dorg gak..

alhamdulillah, aku grad ngn ANC.
riak la skejap, lagi2 time konvo. dpt pakai selempang..
sejak dari diploma sampai degree itu la grade adalah segalanye.
pointer mmg aku maintain. takmo jatuh.
alhamdulillah jgk aku grad degree ngn 1st class.

tp dlm level master ni, target aku dh tak sama lagi.
dh tak sama macam diploma ngn degree.
aku skrg ni target lulus je.
target B keatas.
secara average aku target B+ aje.
A bagi aku tu dh kira bonus.
kalo dpt, aku bersyukur.
kalo tak dpt, aku tak complaint.

dlm kelas aku ramai jgk yg handal2.
classmate aku ada lapan org. sumer pun terror.
bila tgk dorg cmtu, kdg2 aku rasa rendah diri.
maklum la. aku ni biasa2 je.
tp dorg, study maut. kalo tulis masa exam pun hebat.
takot aku..
skrg aku tau mcm mana rasa jd average scorer.
dulu aku jd excellent scorer. target aku mesti A..
kecuali subjek French. aku lemah subjek tu.

so, tgk ar cmne result kuar nnti.
aku berdoa agar aku lulus semua.
aku harap kawan2 sekelas pun lulus jugak.
kesian ar kalo ada yg repeat.
dlm kelas aku ada sorg je yg under scholarship poli.
yg laen sumer duit sendiri.
so kalo fail, mmg terasa kepedihannya..

nnti bila result dh kuar, aku tulis kt dlm blog lagi.
aku berdoa smoga result aku ok.
insyaAllah...

04 December 2009

schoLArship owh biasiswa..


slalu je rasa jeles tgk kengkawan yg ada biasiswa bleh berbelanja..
kalo ikutkan, aku pun bleh dpt biasiswa gak. tp takde rezeki.
result aku mantop, resume best. in fact, peluang pun ada depan mata.
tp ni la yg dikatakan rezeki.
kalo takde rezeki, takde la.
hatta nasik yg ada dlm pinggan kita pun belum tentu dpt makan lagi.
mana la tau tertumpah ataupun kena berak ngn cicak kat syiling..
nk makan? erk!
kalo nk cerita, mmg sakit hati.
bak kata En. H., aku ni cm kes Singapore dilanggar todak.
aku ni cm Hang Nadim.
last skali kena bunuh.
dlm kes aku, kena bunuh peluang.
lebih tepat, tak diberi peluang langsung.
aku sakit hati. sakit sgt2...

dulu pun aku hampir nk ke oversea.
konon2 fakulti akan bg scholarship.
argh! semua tu harapan palsu.
aku dh tak percaya lagi dgn ckp2 mereka.
buat hati aku hancus. berderus..
surat tawaran ada 8
6 oversea, 2 local

last2 tak dpt scholarship
aku diberi kata dua.
dr aku diperbodohkan, baek la aku resign.
aku sakit hati. sakit sgt2..