phew! dh lama aku tak melawat blog aku ni.
nak tahu nape? sbb aku xingat password nye..
ha! kali ni aku dh ingat. nyatalah ingatan aku kuat.
ni mesti hasil dari makan biskut TIGER. aumm!!
byk benda yg berlaku dlm hidup aku semenjak last entry.
aku dh grad master aku.alhamdulillah...
aku dh dpt keje. alhamdulillah...
aku hepi. alhmadulillah..
kini aku sorg lecturer kt kolej swasta kt KL.
so, tiap2 hari aku naik komuter commuting dr umah ke KL.
seminggu dua minggu ok la.
tp skrg dh mula rasa letihnya..
bila aku rasa letih, aku cuba cari motivasi utk pegi keje.
skrg ni motivasi aku adalah gaji.
ye, aku mmg materialistik. hoho!
bila dpt gaji, aku boleh blanje diri sendiri.
bersihkan pendapatan - bagi ibubapa, blanje kwn2..
bg aku pendapatan yg kita dpt itu bukan la milik kita 100%
ada hak org lain jugak dlm tu.
termasuk lah, hak rosak, dicuri, dikebas, ditipu, dll..
so semua tu kena redha kalau terjadi.
tp kalo buta2 biar diri dirompak or dicuri, tu bodo namanya.
er.. aku x ler sebodo tu (sbb aku ada master) :p
motivasi aku yg kedua adalah student aku.
students aku so far ok, walopun ada yg prasan cambest.
aku x bape kisah pun.
ini bkn kali pertama aku encounter dgn spesis cmabest.
dr belajar skolah, sampai universiti, spesis cambest ni merata2..
maybe aku kena buat satu entry pasal cambest ni kot. hehe.
motivasi kedua aku adalah sarapan di mekdi setiap hari.
korg mesti pelik, sbb motivasi aku ni cm pelik.
bagi aku, motivasi mesti sesuatu yg best.
bagi aku bersarapan di mekdi tu satu benda yg best.
pastu staffs kat situ dh mula kenal aku.
so aku akan dpt extra cordial service, with extra smile.
for me, that would be a good start to my day..
motivasi ketiga aku adalah, nk online tanpa had.
kt opis/kolej aku, WiFi mmg laju. cekap. hebat.
(mexican wave)
tp kdg2 ada gak time sedu. time escargot. so, pagi2 je aku boleh check FB, emails..
(ye, aku ada byk email address)
dan check entry2 article terbaru
dlm yahoo dan e-article yg aku subscribe.
benda2 mcm ni penting utk dibaca.
baru la boleh claim diri sbg "semasa".
so bila mengajar, pengapungan diri tu lebih mudah.
satu lagi motivasi aku, adalah pegi solat jumaat kt PWTC.
ramai yg tak tau kt PWTC, ada surau yg hold solat jumaat.
situ ada satu surau,
tp extended setiap hari jumaat utk buat solat jumaat.
pergi solat jumaat kat situ best.
boleh jumpe menteri, org2 kenamaan, dan tempat pun comfy.
yg best, aku bleh duduk selang 10 saf je dr mimbar.
vibrato bilal, terbaek! eye contact khatib, priceless!
minggu lepas ada org sedekah nasik. so itu pun best.
sblm2 ni aku g solat kt masjid jamek.
cm jauh sket, n crowded. bila hujan, lg la leceh
bagi aku hidup kena ada motivasi.
motivasi short term, motivasi longterm.
ada org panggil vision, mission.
ada org panggil cita2, harapan.
aku mesti cari motivasi diri sendiri.
aku xleh harapkan org lain bagi motivasi pd diri aku. motivasi aku jugak mesti la berubah2. xleh stagnant.
nanti motivasi turns into moti-basi.
iye lah, manatau tetiba mekdi tu tutup ke?
habesla motivasi aku.. adeh. hehe. :p